Friday 9 September 2011

Yup,ini hidup aku

            Ahh,celaka.Bukan aku ingin menyalahkan takdir.Aku sedar ia silap aku.....................

           *mengeluh

            Macam mana aku boleh lupa untuk mengisi minyak hitam 4t motosikal aku???????Kecewanya aku.Namun,bila difikirkan kembali,aku sudah jimat duit untuk mengisi minyak motosikal,duit untuk bermain kafe siber,duit minum "mengeteh",dan apa jenis pembaziran lagi yang aku lakukan setiap kali aku keluar rumah.

            Abah aku?Orang tua.Sudah menjadi kebiasaannya,semestinya akan membebel.Aku terima sahaja,memang salah aku.Kerana percaya kata adik aku yang sememangnya tidak boleh dipercayai.Katanya minyak hitam motosikal dijaganya tetapi ini kesudahannya.


            Aku patut mengagak lebih awal,masakan tidak aku sedari.Motosikal dia juga menjadi tukun,mulut berkata bagai profesional.Ya,pengetahuan aku kurang tentang motosikal tetapi aku tidak bodoh kerana aku ada asas membaiki motosikal.Setidak-tidaknya aku tidak akan diperbodohkan kelak.


            Ini cuma luahan,abaikan sahaja jika ia membuat anda berkata "poyo giler budak nie" atau "bajet orang nak dengar" atau "ini pown na cerita k??!!!"


           empat belas patah perkataan untuk kamu semua S.U.K.E.H.A.T.I.A.K.U.L.A.H!


Maafkan kekasaran bahasa dari aku.Aku melawan migrain,jadi.Fahamilah jika mahu abaikan jika perlu.

No comments:

Post a Comment