Sunday 4 September 2011

Perkauman untuk kita




            Biarlah aku mula dengan mengatakan yang kita semua memang bersifat perkauman.Ya,jangan meraguinya.


             Apa yang membezakan perkauman kita ialah tahapnya sahaja.Aku juga begitu.Aku bersifat perkauman.Tapi perkauman yang aku amalkan kepada siapa yang bersifat seperti jimbitan."JIMBITAN" yang perkataan aku dan kawan-kawan aku yang membawa maksud teruk.Aku juga mempunyai kawan dari bangsa lain.Cina,India,dan orang asli.Bangsa lain?Aku ingin mengenalinya lebih-lebihan dari kaum yahudi.

             Baik dan memahami,itulah yang aku mampu katakan kerana didalam kamus tiada perkataan yang sesuai untuk aku gambarkan betapa seronoknya mempunyai kawan sebegini.

          

             Perbezaan agama?sudah dikatakan "aku dengan agama aku,engkau dengan agama engkau".FULLSTOP.Apa salahnya berkawan berlainan bangsa dan agama?Aku bersifat perkauman jika bangsa lain ingin menghancurkan bangsa lain tidak kira dengan cara apapun.


            Manusia sebegini silalah cari tanah gersang dimana tiada hidupan disitu dan bertempurlah kalian.Jangan diganggu kami yang cintakan keamanan bersama kaum lain.



            Masalah sosial yang engkau jebaki?Ya,siapakah yang menyuruh kamu mengikuti keburukan?Ceritakan kepada aku.Ingin sekali aku mendengarnya.Seks bebas,alkohol,dadah,rasuah.Engkau yang memilihnya sendiri.Aku tidak endah itu,Engkau sudah besar,banyak didikan yang sudah engkau serap.Pendidikan agama?Sudah engkau pelajari.Pendidikan kesihatan?sudah engkau lalui.Jangan katakan kurang didikan sebagai penutup aib mu.


           Berlainan bangsa cuma perbezaan,bukankah perbezaan itu satu kebaikan?Ambil kebaikannya,Jauhi keburukannya.Berevolusilah menjadi manusia yang berguna sebagai rujukan generasi kau.



           Aku penat melihat perkauman menjadi sebab ketidakadilan politik,kesihatan,peluang pekerjaan,perniagaan,pinjaman.Aku jijik dengan manusia yang menjadikan perbezaan bangsa dan agama sebagai sebab dia menyakiti manusia lain.



Pengakhirannya,amalkanlah perkauman dengan bijak.Perkauman ini untuk sesiapa yang memandang rendah kepada mana-mana bangsa.Berdirilah kita bersama-sama membina dunia yang aman untuk generasi akan datang.Pandanglah seseorang dari peribadinya bukan latar belakangnya.

No comments:

Post a Comment