Tuesday 30 August 2011

Bila bukan keluarga lebih mengenali

          






               Sedang menulis petak-petak kosong di atas kertas yang menempatkan segala maklumat penginap,seorang tua bersama keluarganya datang menyedarkan aku yang hilang didalam fikiran.Melakukan seperti biasa apa yang aku suka,dia mengatakan tentang kaitan tulisan aku dan peribadi aku.
      

            Entah kenapa,aku merasakan dia seperti rapat dengan aku.Aku pendiam,berkata jujur walaupun menyakitkan,dan keadaan akan menjadi "gampang" pabila aku luahkan segala-galanya.Benar semuanya,bagaimana bisa ia.Ah,aku tidak mahu memikirkannya.Aku ingin sekali menangis tanpa sebab yang konkrit.

           Namun,tiada kudrat.Ia tidak diizinkan untuk menitis.


     *menyedut oksigen yang diberi peratusan sebanyak 20.9% oleh ilmuwan sains



          
              Aku sedih,tersangat sedih.Ini bukan yang aku mahukan daripada orang yang bukan daripada ahli keluarga aku.



             Meratap?tidak akan.Menangis?air mata ini hanya untuk zat yang aku sembah.Kecewa?ya,mungkin itu perkataan yang sesuai.buat zaman ini.Tiada perkataan yang mampu menggambarkannya.


             Aku geram,kenapa tiada orang yang rapat dengan aku tidak pernah menyedarinya?Sialan.



    *mengeluh


            Tiada gunanya,biarlah aku membisu.Mungkin itu takdir aku.Aku cuba untuk berubah namun aku bagai tiada kaki untuk bertapak kekal menjadi pemalsuan yang aku inginkan.



            Aku tetap akan menjadi aku.